Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
DPMM berkenan menerima mengadap
22/04/2025

 


Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi berkenan menerima mengadap Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan Ketua-ketua Perwakilan Asing ke Negara Brunei Darussalam yang baharu berlangsung di Qashr Al-Meezan.

Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan Ketua-ketua Perwakilan Asing ke Negara Brunei Darussalam yang baharu tersebut ialah Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat, Puan Yang Terutama Pengiran Hairani binti Pengiran Haji Tajuddin; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Amman, Kerajaan Hasyimiah Jordan, Puan Yang Terutama Hajah Nor Huda binti Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Ahmad; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sun Nahmkook; Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Naureen Ahsan; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Mohd. Aini bin Atan; Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darusalam, Tuan Yang Terutama Janbaz Khan; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Kikuta Yutaka; Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Michael Neil Hoy; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Cambodia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Chey Ratha.

Pada 21 April 2025 di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik, dan juga menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Ketua-ketua Perwakilan Asing yang baharu ke Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos; Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Awang Haji Muhammad Fakhri bin Haji Mohd. Taib; dan Timbalan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri selaku Pemangku Grand Chamberlain, Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto